suria

Wajah peninju Miriam Gutierrez ‘berubah’ selepas 236 tumbukan

Foto kiri Serrano (kiri) bersama Gutierrez dengan wajahnya berubah teruk, kanan wajah sebenar Gutierrez. foto Getty Images / Daily Star

PENINJU Amanda Serrano menyebabkan muka pihak lawannya 'berubah teruk' selepas memberikann 236 tumbukan sepanjang tempoh 20 minit.

Serrano mempamerkan persembahan yang menakjubkan ketika melakar kemenangan ke atas Miriam Gutierrez dengan keputusan sebulat suara selepas sepuluh pusingan penguasaan.

Pemain dari Puerto Rico itu berjuang untuk memastikan saingannya dalam perlawanan menentang Katie Taylor yang boleh menjadi pertarungan terbesar dalam sejarah tinju wanita.

Justeru, dia yakin untuk menundukkan setiap lawan dengan memenangi hampir setiap pusingan.

Dalam satu perlawanan, Serrano menundukkan Gutierrez dengan 37 tumbukan pada pusingan pembukaan sahaja.

Selepas meninggalkan lawannya dengan muka bengkak yang teruk, Serrano menyatakan rasa hormatnya terhadap ketabahan Guterrez.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak lawan saya Miriam Gutiérrez. Dia tidak lemah.

"Dia seorang lawan yang kuat. Dia beritahu keadaannya lebih baik kali ini berbanding ketika dia bertarung dengan Katie Taylor sehingga direhatkan selama setahun.

“Sekarang, dia baru sahaja bertarung bulan lepas dan dia menang. Saya bertarung dengan Miriam Gutierrez yang hebat dan saya mengalahkannya.

"Ini bukan kekalahan yang menyedihkan atau pahit, ia adalah satu kekalahan yang bermaruah. Ia merupakan perjuangan habis-habisan hingga tamat perlawanan. Ia merupakan satu penghormatan," katanya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain