suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Antonio Conte dilantik pengurus baharu Tottenham

Antonio Conte dilantik sebagai pengurus baharu Tottenham. foto Reuters

TOTTENHAM melantik bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte sebagai pengurus baharu kelab itu sehingga musim panas 2023.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memecat Nuno Espirito Santo pada Isnin selepas hanya 17 perlawanan, dengan Spurs di tempat kelapan dalam kedudukan EPL.

Menurut Tottenham, terdapat 'pilihan untuk melanjutkan' perjanjian bersama Conte yang berusia 52 tahun.

"Saya sangat gembira untuk kembali ke melatih, dan melakukannya di kelab Liga Perdana yang mempunyai cita-cita untuk menjadi protagonis semula," kata Conte.

Pengurus kelahiran Itali itu kembali ke London selepas memenangi EPL pada musim pertamanya di Chelsea (2016-2017) dan Piala FA pada musim keduanya sebelum dipecat pada 2018.

Beliau kemudian membawa Inter Milan merangkul kejuaraan Serie A pertama mereka dalam tempoh 11 tahun sebelum meninggalkan kelab itu pada Mei.

Conte menguruskan Inter Milan selama dua tahun dan ia merupakan keputusan bersama untuk menamatkan kontraknya dengan berbaki satu tahun. - BBC

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain