suria

Conte dedah sebab pernah tolak Tottenham

Antonio Conte (gambar fail) kini pengurus baharu Tottenham. foto Reuters

PENGURUS baharu Tottenham, Antonio Conte mendedahkan sebab beliau menolak tawaran kelab itu pada musim panas lepas, dengan menegaskan bahawa beliau masih 'beremosi' selepas meninggalkan Inter Milan.

Beliau bagaimanapun memuji Daniel Levy kerana berjaya meyakinkannya untuk menyertai kelab tersebut.

Spurs membuat tindakan pantas selepas memecat Nuno Espirito Santo berikutan kekalahan 0-3 kepada Manchester United dengan pengerusi Levy dan pengarah bola sepak Fabio Paratici mengadakan perbincangan bersama Conte.

ARTIKEL BERKAITAN: Antonio Conte dilantik pengurus baharu Tottenham

Mereka menawarkan kontrak selama 18 bulan dengan pilihan untuk melanjutkan perjanjian itu.

Conte yang diumumkan sebagai penggrus baharu Tottenham pada Selasa, merupakan adalah sasaran utama kelab itu untuk menggantikan Jose Mourinho pada awal musim.

Namun, pengurus kelahiran Itali itu menolak tawaran berkenaan, dengan beberapa laporan mendakwa beliau tidak yakin dengan projek itu dan bimbang tidak mendapat sokongan.

Bekas pengurus Chelsea itu menjelaskan mengenai laporan itu dan berkata ia bukan masa yang sesuai untuk memulakan satu lagi tugas kejurulatihan, berikutan baru meletakkan jawatannya di San Siro, yang membawa kemenangan dalam Serie A. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain