suria

Malaysia U-23 melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2022

Malaysia layak ke pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2022 Bawah-23 (U-23)

SKUAD Harimau muda Malaysia layak ke pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2022 Bawah-23 (U-23) selepas seri 0-0 dengan Thailand sebentar tadi.

Malaysia menamatkan aksi sebagai juara Kumpulan J untuk layak ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada Jun 2022.

Anak buah Brad Maloney sebelum ini menang tipis 1-0 ketika bertemu Laos dan Mongolia di Stadium Mongolia Football Federation (MFF) di Ulaanbaatar.

Malaysia merupakan pasukan ke enam yang mengesahkan tempat di pusingan akhir Piala Asia 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain