suria

Sesak nafas, Aguero dibawa ke hospital

Sergio Aguero berjalan diiring petugas kesihatan Barcelona. foto Getty Images

SERGIO Aguero mengalami sesak nafas dalam penampilan sulungnya di tempat sendiri untuk Barcelona.

Dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Penyerang kelahiran Argentina itu, yang berpindah ke Barcelona dari Manchester City pada musim panas, memerlukan rawatan perubatan sejurus sebelum separuh masa perlawanan.

Ketika kejadian, dia mengadu pening kepala.

Keadaan tegang di di stadium pada minit ke-40 perlawanan apabila Aguero terbaring di atas padang setelah jatuh beberapa saat selepas dia meletakkan tangannya di dadanya.

Kakitangan perubatan Barcelona bergegas ke padang membantu Aguero dan meletakkannya di atas pengusung, sebelum dia kemudian bangun dan berjalan perlahan-lahan.

Pemain berusia 33 tahun itu digantikan oleh Philippe Coutinho dan dia ke hospital untuk beberapa pemeriksaan bagi mengenal pasti punca mengalami sesak nafas.

Keadaan Aguero dipercayai bertambah baik sejak itu tetapi degupan jantungnya dilaporkan jauh lebih tinggi daripada biasa. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain