suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spurs harap tuah Tottenham Hotspur Stadium jinakkan City

Harry Kane bakal jadi tumpuan pada pertemuan City dan Spurs malam ini

PERTEMUAN Manchester City dan Tottenham Hotspur pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris malam ini pastinya menjadi tumpuan ramai.

Memegang status sebagai juara bertahan Liga Perdana Inggeris, City diramal bakal memenangi perlawanan tersebut.

Ramalan itu dikuatkan dengan rekod dua perlawanan terakhir kedua-dua pasukan yang memihak kepada City.

ARTIKEL BERKAITAN: Guardiola tak senang duduk jika Kane diturunkan Spurs malam ini

ARTIKEL BERKAITAN: Nuno guna senjata rahsia berdepan The Citizens

Kedua-dua pasukan kali terakhir bertemu pada perlawanan akhir Piala Carabao pada 25 April lalu.

Dalam perlawanan itu, City mengalahkan Spurs dengan 1-0, hasil jaringan pemain pertahanan, Aymeric Laporte.

Bagaimanapun, City juga tidak memandang mudah kemampuan Spurs yang turun beraksi di stadium sendiri pada malam ini.

Musim lalu, Spurs berjaya menewaskan City dengan keputusan 2-0 di Tottenham Hotspur Stadium.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kejayaan berkenaan pastinya menjadi pemangkin semangat buat Spurs ketika melayan kunjungan City malam ini.

Tumpuan pertemuan malam ini juga pastinya terarah kepada penyerang utama Spurs, Harry Kane selepas dikaitkan dengan perpindahan ke The Citizens.

Beberapa media antarabangsa melaporkan, City sedia meletakkan bidaan sebanyak 150 juta euro (RM749.8 juta) untuk mendapatkan khidmat Kane.

Kane dianggap sebagai pengganti bekas penyerang City, Sergio Aguero yang berpindah ke Barcelona pada jendela perpindahan kali ini. - Detik.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Manchester City, Spurs

Artikel Lain