suria

Guardiola tak senang duduk jika Kane diturunkan Spurs malam ini

GUARDIOLA mahu anak-anak buahnya kekal fokus ketika berdepan Spurs malam ini berbanding sentimen luar padang termasuk gosip perpindahan Harry Kane ke Etihad. — AGENSI.

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola memilih untuk bersikap kunci mulut berhubung perpindahan penyerang berbisa Tottenham Hotspur, Harry Kane menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur pukul 11.30 malam Ahad.

Meskipun masih berharap kapten skuad England itu akan menyertainya untuk musim panas ini, Guardiola turut menyifatkan bahawa persaingan kali ini akan menjadi lebih sukar sekiranya Kane akan beraksi malam ini, lapor Team Talk.

ARTIKEL BERKAITAN: Chelsea terpaksa lupakan khidmat Lukaku

Bakal membuat perhitungan di laman lawan, Guardiola memberitahu, anak-anak buahnya akan tetap positif untuk memberikan saingan yang terbaik dalam perlawanan itu nanti biarpun terpaksa berdepan Kane dalam jersi berbeza.

"Setiap musim sejak saya bersama City, saya dapat berasakan pasukan kami menjadi lebih kuat dan lebih baik.

“Setiap musim adalah cabaran baharu. Kami meraikan gelaran kami dan akan terus mempertahankan kejayaan untuk musim kali ini," kata Guardiola.

Kehadiran Kane disifatkan sebagai penambah sengat The Citizens selepas berjaya menambat pemain tengah, Jack Grealish kali ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, berhubung perkembangan terkini perancang tengah, Kevin de Bruyne, Guardiola memberitahu pihaknya masih berharap supaya kondisinya bertambah baik.

Jelasnya lagi, buat masa ini de Bruyne masih tidak dapat melakukan sesi latihan penuh.

"Dia semakin baik, setiap hari tetapi kami masih menunggu," ujarnya optimis.

Untuk rekod, de Bruyne mengalami kecederaan buku lali serius semasa beraksi dalam tugas kebangsaan bersama Belgium pada Euro 2020.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain