suria

Musim baharu EPL, tapi skrip masih sama. Apa sudah jadi Arsenal?

ARSENAL belum cukup bagus untuk memastikan kemenangan ke atas Brentford. — AGENSI.

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta akui seluruh pasukan wajar kekal bertenang untuk mencari punca kepada kekalahan 0-2 kepada pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Brentford pada awal pagi tadi.

Sepanjang perlawanan, anak-anak buah Arteta mencipta 22 percubaan namun hanya empat yang menepati sasaran.

Malah, pengurus dari Sepanyol itu juga mengkritik pasukannya kerana gagal melaksanakan perkara asas.

“Saya kecewa. Ini bukanlah apa yang kita mahukan di permulaan musim baharu. Kami gagal mengatasi second ball dan hantaran jauh. Itu yang mereka mahukan untuk memberikan masalah kepada kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Gandingan van Dijk-Gomez kembali perkasakan Liverpool

“Kerisauan utama adalah tentang penyudah kami. Berapa banyak kami berjaya berada dalam kotak penalti dan berdepan situasi terbaik namun ia gagal disudahkan atau pun dapat percubaan tepat.

arteta

Mikel Arteta kecewa dengan persembahan The Gunners. — AGENSI.

“Jika kamu gagal lakukannya dalam saingan EPL, maka kamu tidak akan mampu mencapai kemenangan. Kami tidak cukup bagus untuk tewaskan mereka.

“Kami tidak melakukan perkara asas. Kami bermula dengan kekecewaan namun kami akan nilai dan cuba perbaikinya secepat mungkin," kata Arteta.

Keputusan itu jelas sesuatu yang sukar untuk diterima buat peminat The Gunners dan juga pemerhati bola sepak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Musim baharu, tapi ceritanya sama,” kata pundit yang juga bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher dalam ulasannya.

Kemenangan itu menghadirkan suasana yang cukup hebat buat Brentford di saingan utama sejak 1947 apabila aksi agresif dipamerkan memang memastikan skuad The Bees layak meraih tiga mata.

Pengendali Brentford, Thomas Frank tanpa berselindung turut memuji anak buahnya yang pamer keberanian dalam perlawanan itu.

“Penyokong juga cukup hebat. Saya hilang kata-kata. Pertama kali beraksi di saingan utama, bermain pada perlawanan pertama... ia memang cerita yang hebat,” kata Frank. – Sky Sports

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Arsenal, Brentford, EPL

Artikel Lain