suria

Sancho belum cukup cergas - Solskjaer

TAHAP kecergasan Jadon Sancho meresahkan peminat Manchester United dan belum pasti beraksi ketika melayan kunjungan Leeds United dalam aksi sulung EPL malam ini.— AGENSI.

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer akui sedikit bimbang dengan tahap kecergasan pemain yang baru tiba di Old Trafford, Jadon Sancho ketika melayan kunjungan Leeds United dalam aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) pukul 7.30 malam Sabtu.

Ini kerana pemain sayap England itu hanya sempat menjalani satu sesi latihan penuh sejak menyertai Manchester United.

Solskjaer mendedahkan, Sancho, 21, telah lama tidak menjalani latihan sekembalinya dari Kejohanan Euro 2020 gara-gara kesihatannya tidak begitu baik.

“Sancho hanya menjalani satu setengah sesi latihan dengan kami, jadi dia tidak banyak berlatih sebenarnya.

“Mungkin dia memerlukan sedikit masa sebelum menjadi yang terbaik, tetapi corak persembahan konsisten sepanjang musim tetap menjadi keutamaan kami.

“Saya pasti dia akan memberi lebih banyak impak pada tahun-tahun akan datang,” katanya menurut laporan Metro.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuchel akui sedikit bertuah... Sudah berbulan rancang guna Kepa untuk penentuan penalti

ARTIKEL BERKAITAN: Awas City! Sang Juara Eropah pencabar utama gelaran raja England

Sancho menandatangani kontrak bagi menyertai The Red Devils selama lima tahun sehingga 2026

Perpindahannya itu dilaporkan bernilai €90 juta (RM526 juta).

Kenyataan Solskjaer juga seolah-olah membayangkan ketiadaan Sancho dalam kesebelasan utama The Red Devils berdepan Leeds malam ini, sekali gus mengecewakan harapan peminat United yang pastinya ternanti-nanti aksi sulungnya bersama kelab Manchester itu sebaik berhijrah dari Borussia Dortmund.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Untuk rekod, United tumpas 1-3 di tangan Crystal Palace di Old Trafford dalam aksi pembuka tirai EPL musim lepas, justeru Solskjaer pastinya enggan anak-anak buahnya mengulangi kesilapan sama pada musim ini.

Selain Sancho, beberapa tonggak utama United seperti Marcos Rashford dan Aelx Telles juga hampir pasti diketepikan Solskjaer malam ini gara-gara kecederaan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain