suria

Tuchel akui sedikit bertuah... Sudah berbulan rancang guna Kepa untuk penentuan penalti

Kepa Arrizabalaga menjadi wira buat Chelsea dalam penentuan sepakan penalti menentang Villareal awal pagi tadi.

PENGURUS Chelsea, Thomas Tuchel mengambil langkah berani apabila memasukkan penjaga gol Kepa Arrizabalaga dalam penentuan sepakan penalti ketika perlawanan menentang Villareal.

Di stadium Windsor Park di Belfast, Kepa menggantikan Edouard Mendy pada saat-saat akhir masa tambahan sebelum penjaga gol utama The Blues itu menjadi wira untuk memenangi Piala Super UEFA.

Kelab England itu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Hakim Ziyech pada babak pertama tetapi kedudukan terikat 1-1 ketika perlawanan berbaki kurang 20 minit apabila Gerard Mareno menyamakan kedudukan bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan,

Namun tambahan masa 30 minit ternyata buntu mencari juara, sekali gus menyaksikan debaran dibawa ke penentuan sepakan penalti.

Sebelum perlawanan masa tambahan berakhir, Tuchel sempat mengeluarkan Mendy untuk digantikan dengan Kepa.

Ternyata percaturan itu berhasil apabila Kepa menjadi wira buat Chelsea apabila dia menafikan sepakan penalti Aissa Mandi dan Raul Albiol.

ARTIKEL BERKAITAN: Messi menginap di hotel mewah RM100,000 satu malam di Paris

ARTIKEL BERKAITAN: Ziyad, Abdul Latif, Ridzuan Puzi sandaran emas negara di Paralimpik

Tuchel mengakui bahawa perancangan untuk menggunakan Kepa dalam penentuan sepakan penalti sudah berbulan dilakukan.

Katanya keputusan itu dibuat sejak pertemuan antara Chelsea dan Barnsley di Piala FA pada Februari lalu yang merupakan perlawanan piala pertamanya selepas menggantikan Frank Lampard.

Menerusi statistik sedia ada, Tuchel berkata, Kepa mempunyai peratusan terbaik dalam menyelamatkan penalti.

“Penganalisis, jurulatih penjaga gol menunjukkan data kepada saya.

“Ada bukti bahawa Kepa lebih baik dan berdisiplin. Saya gembira untuk Kepa dan Edou (Mendy),” katanya menurut laporan Metro.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam sidang media, Tuchel berkata, taktik penentuan penalti Chelsea telah dibincangkan secara terbuka bersama Kepa dan Mendy.

"Mendy ketepikan ego untuk memberi peluang kepada Kepa dan saya gembira kami lakukannya sebagai satu pasukan.

"Betul kami perlukan sedikit tuah, tetapi semua orang dapat lihat bagaimana kami lakukannya untuk bergelar juara.

"Terima kasih atas sokongan dan sedikit tuah. Kepa mampu membuktikan dan menunjukkan kualiti yang ada," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain