suria

Messi menginap di hotel mewah RM100,000 satu malam di Paris

Messi menandatangani kontrak selama dua tahun bersama PSG. Foto: Getty

LIONEL Messi dilaporkan menginap di hotel mewah bertaraf lima bintang di Paris, setelah selesai melengkapkan perpindahannya ke kelab Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain berusia 34 tahun itu tiba di ibu negara Perancis pada Selasa, dengan ribuan penyokong menyambutnya di lapangan terbang.

Messi secara rasmi menjadi pemain PSG selepas menandatangani kontrak selama dua tahun di Parc des Princes.

Messi bersama isteri, Antonela dan tiga anak mereka kemudian dibawa ke salah satu hotel terbaik di Paris.

Menurut Mundo Deportivo, bekas pemain Barcelona itu dan keluarganya menginap di hotel Le Royal Monceau.

Bilik-bilik di Le Royal Monceau yang juga pernah menjadi pilihan Neymar, berharga dari £ 700 (RM 4,115) untuk satu malam.

Bagaimanapun, bilik mewah Messi dilaporkan berharga £ 17,000 (RM 99,946) untuk satu malam.

Le Royal Monceau turut berkongsi video Messi yang tiba di hotelnya dalam akaun Instagram rasmi mereka. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Lionel Messi, PSG, Le Royal Monceau

Artikel Lain