suria

Selepas Messi, PSG buru tandatangan Ronaldo

GABUNGAN Ronaldo (kiri) dan Messi di PSG sememangnya satu sejarah paling istimewa dalam dunia bola sepak.— AGENSI.

SELEPAS kejayaan merekrut Lionel Messi, Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan sedang memburu tandatangan seorang lagi penyerang terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.

Masa depan Ronaldo bersama Juventus menimbulkan teka-teki dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan rentetan kelab Itali itu dilaporkan mahu menstruktur semula gaji pemain kerana terkesan dengan pandemik Covid-19.

Begitupun, PSG hanya akan memulakan usaha memulakan rundingan bagi mendapatkan Ronaldo sekiranya Kylian Mbappe sah meninggalkan Stadium Parc des Princes musim ini.

Penyerang muda berbisa Perancis itu dilaporkan mahu mencari angin baharu, yang mana Real Madrid disebut-sebut sebagai destinasi seterusnya buat Mbappe.

Akhbar bola sepak, Diario AS melaporkan, Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi berminat membawa masuk Ronaldo bagi mengisi kekosongan yang ditingglkan Mbappe.

Jika ia berjaya direalisasikan, PSG pastinya melakar satu sejarah paling istimewa dalam sukan bola sepak kerana berjaya menggandingkan dua penyerang terbaik dunia iaitu Messi dan Ronaldo dalam satu pasukan sama.

Tidak dinafikan, Messi dan Ronaldo jelas mendominasi landskap bola sepak selama lebih dari satu dekad sebagai pemain terhebat di dunia terutamanya ketika masing-masing menyarung jersi seteru utama La Liga, Barcelona dan Real Madrid sebelum ini.

Difahamkan, Al-Khelaifi tidak mahu menjual Mbappe meskipun penyerang itu masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan bersama Les Parisiens setakat ini.

“Semua orang tahu masa depan Mbappe. Dia adalah pemain PSG. Mbappe sangat kompetitif dan mahu menang.

"Namun, Mbappe secara terbuka tidak mahu meninggalkan pasukan dan langsung tiada keraguan atau alasan lain berhubung perkara itu. Jadi, Mbappe akan kekal,” kata Al-Khelaifi menurut laporan Daily Mail.

ARTIKEL BERKAITAN: PSG hampir pasti sambar Messi

ARTIKEL BERKAITAN: Barcelona hilang bisa, Aguero ikut jejak Messi

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Mbappe dilaporkan sedang mempertimbangkan hasrat untuk kekal bersama PSG jika benar kelab Perancis itu mahu memikat Ronaldo.

Ia ekoran kontrak Ronaldo cuma berbaki semusim bersama Juventus dan boleh didapati sebagai ejen percuma.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes sebelum ini tanpa berselindung menegaskan apa jua kemungkinan boleh berlaku dalam masa terdekat.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Messi, Ronaldo, PSG

Artikel Lain