suria

Arsenal tak cukup padu berdepan Brentford menjelang aksi sulung EPL awal pagi esok

THOMAS Partey terpaksa diketepikan Arteta selepas tercedera dalam aksi pra-musim berdepan Chelsea tempoh hari. — AGENSI.

SKUAD Arsenal dilaporkan tempang tanpa beberapa pemain utama menjelang aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika berkunjung ke Brentford, pukul 3 pagi Sabtu, lapor Mad About EPL.

Perancang tengah The Gunners, Thomas Partey ketika ini mengalami kecederaan pergelangan kaki semasa menentang Chelsea dalam perlawanan persahabatan pra-musim.

Penyerang muda, Eddie Nketiah juga termasuk dalam senarai pemain yang tercedera, tonggak pertahanan dari Brazil, Gabriel Magalhaes juga belum bersedia untuk beraksi.

Namun, pengendali Arsenal, Mikel Arteta boleh menarik nafas lega apabila duo tonggak baharu, Ben White dan Albert Sambi Lokongo dijangka membuat penampilan sulung di Brentford Community Stadium.

ARTIKEL BERKAITAN: Maaf Arsenal, anda bukan lagi 4 pencabar utama EPL

ARTIKEL BERKAITAN: La Liga sepi, rugi tanpa aura Messi, Cristiano Ronaldo

Cuma pada masa sama, Arteta tidak memiliki jawapan konkrit sama ada penyerang berbisa, Pierre-Emerick Aubameyang akan kembali menemui sentuhan sebenar dalam aksi itu nanti terutamanya dilihat seakan-akan ketandusan sentuhan penyudah yang tajam pada musim lepas.

Ketika ditanya adakah era kegemilangan Aubameyang sudah berakhir, kata Arteta: "Saya tidak tahu.Semua yang berlaku musim lepas tidak boleh dijadikan ukuran, sukar untuk mengetahui sama ada ia akan berterusan ataupun tidak musim ini.

"Apa yang kami tahu, menjadi tanggungjawab semua pemain untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan, dan Arsenal menjadi semakin kuat jika dia (Aubameyang) menjaringkan gol," kata Arteta.

Dalam aksi itu nanti, Arteta juga dijangka mempertaruhkan Nicolas Pepe berbanding Bukayo Saka di sayap kanan manakala Alexandre Lacazette pula dijangka bertindak memimpin jentera serangan.

Paling mencuri tumpuan kelibat pemain muda, Emile Smith Rowe yang dijangka akan mendapat kepercayaan Arteta untuk beraksi dalam kesebelasan utama ketika berdepan Brentford.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Begitupun, ancaman skuad tuan rumah juga tidak boleh dipandang sebelah mata terutamanya dengan kehadiran penyerang, Ivan Toney yang mencetak 31 gol pada musim lalu.

Toney dijangka menjadi duri dalam daging dan berupaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan The Gunners yang dijangka digalas oleh Pablo Mari dan Ben White awal pagi esok.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain