suria

Chelsea terpaksa lupakan khidmat Lukaku

ROMELU Lukaku tidak dapat diturunkan ketika menentang Crystal Palace malam ini. — AGENSI.

PENYERANG prolifik, Romelu Lukaku dilaporkan tidak akan berada dalam senarai mula pemain skuad Chelsea ketika menanti kunjungan Crystal Palace dalam aksi pembuka tirai Liga Perdana England (EPL) di Stamford Bridge, pukul 10 malam Sabtu, lapor Mail Online.

Ia ekoran butiran lengkap dokumen perpindahan penyerang dari Belgium itu dijangka hanya selesai selepas tamat perlawanan.

Lukaku sah kembali menyarung semula jersi The Blues dengan yuran perpindahan bernilai 98 juta pound (RM415 juta) selepas membantu kelab Itali, Inter Milan muncul juara Serie A musim lepas.

Nama Lukaku sebagai pemain baharu Chelsea sepatutnya didaftarkan semalam supaya boleh turun beraksi di depan penyokong The Blues malam ini.

Bagaimanapun, urusan itu dilaporkan tergendala ekoran Inter Milan masih berusaha untuk mendapatkan khidmat penyerang AS Roma, Edin Dzeko sebagai pengganti Lukaku di San Siro.

Disebabkan itu, dokumen yang melibatkan urusan perpindahan Lukaku tidak dapat diserahkan segera sebelum aksi berdepan Crystal Palace.

Penyerang berusia 28 tahun itu telah tiba di Lapangan Terbang Biggin Hill, London pada malam Rabu.

Ejen Lukaku, Federico Pastorello dalam laman Instagram turut mendedahkan akan bersama Lukaku sehingga 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Lukaku silap besar patah balik ke Chelsea

ARTIKEL BERKAITAN: Lukaku punya pasal, Chelsea terpaksa lelong enam pemain

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel juga tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan penyerang hebat seperti Lukaku.

"Romelu adalah salah seorang pemain seperti Haaland, Lewandowski dan Kane, iaitu penyerang Nombor 9 yang sebenar dan suka menjaringkan gol.

"Dia menepati jenis profil yang kami cari," kata Tuchel.

Sebelum ini, Lukaku pernah bersama Chelsea selama tiga musim bermula 2011 namun gagal menjaringkan gol dalam 10 penampilan, selain lebih banyak menghabiskan masa sebagai pemain pinjaman bersama West Bromwich Albion dan Everton.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berikut

Artikel Lain