suria

Gandingan van Dijk-Gomez kembali perkasakan Liverpool

Virgil van Dijk (depan) dan Joe Gomez (kiri) dijangka menjadi taruhan Klopp ketika berdepan Norwich City di tempat lawan dalam aksi EPL tengah malam ini. — AGENSI.

PENGENDALI skuad Liverpool, Jurgen Klopp memberi isyarat awal bahawa duo tonggak pertahanan tengah, Virgil van Dijk dan Joe Gomez sudah bersedia untuk diturunkan dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika berkunjung ke Carrow Road berdepan Norwich City tengah malam ini.

Benteng pertahanan The Reds tampak rapuh dengan ketiadaan kedua-dua tonggak berkenaan yang terpaksa diketepikan pada awal musim gara-gara kecederaan serius, lapor Express.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan sampai Liverpool hilang taji

ARTIKEL BERKAITAN: Wijnaldum sah milik PSG

Namun, kedua-dua pemain itu telah kembali cergas sepenuhnya dan bersedia untuk beraksi tengah malam ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Saya rasa mereka (van Dijk dan Gomez) sudah bersedia. Kedua-duanya kelihatan sangat baik. Musim yang sengit bakal tiba dan kami akan melihat bagaimana perstasi kami mengharungi satu persatu perlawanan.

“Namun, kita tidak perlu terburu-buru dengan perkara ini. Jika saya fikir mereka sudah bersedia untuk tempoh 90 minit, maka mereka akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Jika tidak, mungkin mereka akan masuk sebagai pemain gantian atau dikeluarkan sebelum perlawanan berakhir, kita nilai dulu macam mana,” kata Klopp.

Namun, berita kurang gembira melanda kem Liverpool menjelang aksi malam ini apabila terpaksa melupakan khidmat bek kiri, Andy Robertson yang cedera pergelangan kaki pada aksi pra-musim minggu lepas dan posisinya dijangka diisi oleh Kostas Tsimikas.

Meskipun ada pemainnya mengalami kecederaan pada saat-saat akhir sebelum sepak mula, Klopp enggan menekan butang panik kerana masih memiliki pemain yang berkaliber untuk mengambil alih tempat yang kosong.

“Ada beberapa keputusan yang perlu dibuat segera tetapi perjalanan liga memang panjang dan bukan hanya melibatkan perlawanan ini. Jadi secara jujurnya, saya tidak perlu untuk pening kepala,” kata Klopp.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Liverpool, Virgil van Djik, Joe Gomez

Artikel Lain