suria

JDT platform terbaik untuk 'ubi muda' julang trofi, fasiliti sama bagus dengan kelab utama Jepun!

JDT platform terbaik buat pemain muda meraih pengalaman sekali gus mendakap trofi kejuaraan utama. — FACEBOOK

BUKAN hanya gah dalam pemburuan kejuaraan domestik dan peringkat Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT) juga sudah jauh ke depan dalam aspek penyediaan dan pembangunan pemain muda.

Peluang mewakili JDT juga membuka peluang kepada pemain muda untuk merasai sendiri erti bola sepak profesional seperti yang diterapkan di peringkat antarabangsa.

Bermula dengan penyediaan fasiliti canggih, layanan dan pembawaan diri yang diterapkan dalam pasukan pasti akan mematangkan pemain muda agar lebih bersedia untuk mengharungi karier pada masa akan datang.

Tidak hairanlah jika bekas pemain kebangsaan Jepun yang juga pemain import Kelantan United, Masashi Motoyama menghamburkan pujian kepada pengurusan JDT terutamanya dalam aspek fasiliti.

motoyama

Masashi Motoyama kagum dengan fasiliti yang dimiliki JDT.

“JDT... ada tempat latihan tertutup dan fasiliti mereka sama bagus dengan kelab utama di Liga Jepun.

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG Mobile kuasai carta permainan mudah alih terlaris bagi Julai 2021

“Pasukan lain, mereka hanya setara saja. Kami (Kelantan United) berlatih di stadium, venue sama yang kami guna untuk perlawanan gelanggang sendiri,” katanya ketika dipetik menerusi sesi temubual di akaun YouTube J.LEAGUE International.

Sementara itu, JDT yang makin menghampiri kejuaraan Liga Super buat kali kelapan berturut-turut juga bakal menjadi kelab yang boleh menawarkan ‘kejuaraan awal’ buat pemain muda.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Secara matematiknya, JDT hanya dipisahkan lima mata untuk mengesahkan kejuaraan secara rasmi musim ini.

Pemain seperti Arif Aiman Mohd Hanapi, 19, dan Muhd Ramadhan Saifullah Usman, 20, antara paling menonjol sekali gus menjadi bukti JDT mampu menawarkan kejuaraan buat pemain muda seawal mungkin.

“Menjadi juara, mendakap piala dan mempunyai rekod aksi di pentas tertinggi adalah impian semua pemain bola sepak.

“Dalam usia semuda itu, pemain ini (Arif dan Muhd Ramadhan) telah menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia, dua Piala Sumbangsih dan satu Piala Malaysia,” kata kelab itu yang dipetik menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

JDT, Jepun, Liga M

Artikel Sebelum

Artikel Lain