suria

Nuno guna senjata rahsia berdepan The Citizens

NUNO ada formula rahsia sebagai pengendali baharu Spurs jika Kane enggan turun beraksi ketika berdepan Man.City malam ini. — AGENSI.

TOTTENHAM Hotspur (Spurs) dijangka menagih kudrat pemain sayap Korea Selatan, Son Heung-min sebagai formula terbaik menerajui jentera serangan ketika melayan kunjungan Manchester City dalam aksi pembuka tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) pukul 11.30 malam Ahad.

Tatkala Harry Kane belum pasti diturunkan, pengendali Spurs, Nuno Espírito Santo percaya tanggung jawab selaku penyerang dapat digalas dengan baik oleh Son berdasarkan prestasi semasa pemain itu pada aksi pra-musim, lapor The Guardian.

ARTIKEL BERKAITAN: JDT platform terbaik untuk 'ubi muda' julang trofi, fasiliti sama bagus dengan kelab utama Jepun!

Jelasnya lagi, Son mempunyai tenaga, kemampuan menyesuaikan diri dan cukup serba boleh untuk bermain di posisi yang berbeza di bahagian depan, selain turut efektif ketika beraksi di bahagian tengah.

Ketika ditanya mengenai status Kane, Nuno menjelaskan bahawa pihaknya sedang melihat kepada tahap kecergasan dan kesediaannya untuk bermain malam ini.

Ini kerana menurut Nuno, Kane baru saja menyertai kem latihan buat kali pertama pada Jumaat setelah pulang dari percutian di Bahamas dan Florida, Amerika Syarikat.

"Semua keputusan tidak hanya berdasarkan kecerdasan tetapi pelbagai aspek yang harus kita pertimbangkan.

"Apabila kami membuat keputusan, saya cuba mendapatkan seberapa banyak maklumat sebelum membuat keputusan yang terbaik untuk pasukan," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain Son, Nuno juga akan menggunakan khidmat pemain tengah, Oliver Skipp dalam kesebelasan utama kali ini.

Buat masa ini katanya, dia belum pasti untuk menurunkan pemain baharu iaitu Cristian Romero dan Bryan Gil kerana kedua-duanya baru mula berlatih bersama pasukan minggu ini.

Jelas Nuno, majoriti pemain baharu masih dalam fasa untuk menyesuaikan diri dan ia merupakan satu cabaran bagi memastikan mereka betul-betul sedia untuk turun padang sebagai satu pasukan.

Kelibat seorang lagi tonggak Spurs, Tanguy Ndombele juga belum dapat dipastikan sama ada akan beraksi atau tidak malam ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain