suria

Ini rupanya kata-kata azimat Solksjaer terhadap Pogba dan Bruno Fernandes, patutlah semangat padu lain macam ketika kerjakan Leeds!

BRUNO Fernandes (kiri) dan Paul Pogba memainkan peranan penting buat Manchester United ketika membelasah Leeds United 5-1 dalam aksi EPL di Old Trafford malam tadi. — AFP.

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tampak berpuas hati dengan prestasi memukau yang dipamerkan Paul Pogba dan Bruno Fernandes ketika membelasah Leeds United 5-1 dalam aksi pembuka tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

Pogba berjaya menghasilkan empat bantuan jaringan (assist) dalam perlawanan itu sementara Bruno juga tidak kurang hebat apabila melakar hatrik dalam aksi penuh dramatik di Old Trafford.

Dua lagi gol The Red Devils dicetak Mason Greenword dan Fred sementara gol saguhati pasukan pelawat pula dijaringkan oleh Luke Ayling.

Masa depan Pogba di Old Trafford sebelum ini menimbulkan tanda tanya ekoran prestasi tidak konsisten selain cuma berbaki kontrak selama 12 bulan, justeru tanpa berselindung Solksjaer mendedahkan sesuatu yang diperkatakannya kepada Pogba sebelum berdepan Leeds malam tadi.

man united3

SOLKSJAER gembira dengan persembahan yang dipamerkan Pogba dan Bruno. — AFP.

Cerita Solksjaer, dia memberikan Pogba sepenuh kebebasan untuk berlegar-legar dalam padang untuk membantu United dan peluang itu jelas telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Pogba.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Messi, PSG buru tandatangan Ronaldo

"Saya hanya mahu Pogba berseronok... enjoy the game. Dia bebas untuk ke mana-mana dan boleh buat apa saja yang dia suka. Apa yang penting, Pogba harus sentiasa berusaha untuk merebut dan mengawal bola.

"Jadi, Pogba dilihat begitu bersemangat atas padang dan saya amat berpuas hati dengan prestasinya kali ini," kata Solksjaer.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada masa sama, Solksjaer juga menghamburkan pujian setinggi gunung terhadap Bruno yang jelas menjadi duri dalam daging pasukan pelawat sepanjang perlawanan itu.

"Bruno seorang pemain yang berani mengambil risiko. Sebagai pemain United, anda harus sentiasa yakin, sedikit sombong dan berani mengambil risiko... Bruno memang terbukti memiliki ciri-ciri itu," jelas Solksjaer.

man united2

BRUNO percaya dengan kualiti yang dimiliki Pogba untuk memacu kejayaan United musim ini. — AFP.

Dalam pada itu, Bruno enggan mengambil kredit seorang diri meskipun berjaya melakar hatrik dalam aksi tersebut, sebaliknya turut memuji impak yang dicetuskan Pogba dan rakan-rakan sepasukan yang lain setelah membelasah Leeds habis-habisan.

"Semua orang bercerita mengenai Pogba, tetapi bukan kualiti yang dimilikinya. Kami tahu apa yang boleh dia lakukan dan dia telah membuktikannya dalam perlawanan tadi.

"Pogba pemain yang penting buat United dan bersamanya, kami telah mempamerkan kemampuan kami musim lepas.

"Meskipun kami gagal meraih trofi musim lepas, prestasi dan mentaliti pasukan berada pada tahap tertinggi dan kami pasti memenangi sesuatu musim ini dengan pemikiran seperti ini," kata Bruno.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain