suria

Dapat khidmat Lukaku, Chelsea lepaskan penyerang muda ke Roma

ROMELU Lukaku menyertai semula Chelsea selepas kali pertama menyertai kelab itu pada 2011. — AGENSI.

DENGAN kehadiran semula penyerang berbisa, Romelo Lukaku, Chelsea terpaksa melepaskan seorang daripada pemain prospek pasukan itu ke kelab Itali, AS Roma.

Menurut laporan media Britain, Tammy Abraham akan melengkapkan perpindahan bernilai 40 juta euro ke kelab Serie A itu dalam masa terdekat.

Penyerang berusia 23 tahun itu akan terbang ke Itali untuk menyertai skuad Jose Mourinho selepas masa depannya semakin samar dengan kehadiran Romelu Lukaku di Stamford Bridge.

ARTIKEL BERKAITAN: Lukaku silap besar patah balik ke Chelsea

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami pasukan favourite ke-4"...Tuchel mahu tutup satu lagi kelemahan

Sejak pemecatan Frank Lampard Januari lalu, Abraham dilihat semakin jarang diturunkan oleh pengendali baharu, Thomas Tuchel walaupun merupakan penjaring terbanyak pasukan musim lalu dengan 12 gol bersama Timo Werner.

Abraham akan menyertai bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang kini bersama Roma. - AGENSI

Abraham akan menyertai bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang kini bersama Roma.

Mourinho dilaporkan menghubungi Abraham secara peribadi bagi meyakinkan dia untuk menyertainya di Stadio Olimpico, setelah tertarik dengan persembahannya bersama Chelsea musim lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Abraham dilaporkan akan menandatangani kontrak bersama gergasi Itali itu sehingga 2026 dengan gaji sekitar 5 juta Euro setahu.

Chelsea dipercayai turut memasukkan klausa pembelian semula bernilai 80 juta euro dalam kontrak tersebut yang boleh diaktifkan pada jendela perpindahan musim panas 2023.

Roma mahu mendapatkan khidmat Abraham bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Edin Dzeko, yang berpindah ke juara Itali, Inter Milan. - Goal

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

tammy abraham, chelsea, roma, epl, serie a

Artikel Lain