suria

'Raksasa' saya sudah kembali! Klopp lega playmaker temui semula sentuhan

Liverpool menundukkan Norwich City dengan kemenangan 3-0 pada perlawanan pertama EPL musim ini.

LIVERPOOL memulakan musim Liga Perdana 2021/22 dengan kemenangan selesa 3-0 menentang Norwich City di Carrow Road.

Penyerang berbisa Mohamed Salah menjadi antara pemain paling bersinar semalam dengan menyumbang satu gol dan mencipta dua lagi peluang untuk rakannya. tetapi bukan pemain Mesir itu sahaja yang menjadi tumpuan penyokong setia kelab itu.

Paling mengagumkan ketika perlawanan itu adalah gandingan pertahanan tengah yang cedera sebelum ini, iaitu Virgil Van Djik dan Joël Matip yang kembali memperkuatkan benteng pertahanan.

Tidak seperti musim lalu, kali ini The Reds selesa mengawal perlawanan dan menguasai bola, sekali gus dapat menggerakkan bahagian serangan dengan baik disokong pertahanan yang ampuh, menurut Liverpool.com.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kunci kejayaan Liverpool adalah dengan mempamerkan keyakinan menerusi corak kawalan perlawanan secara keseluruhannya.

Meskipun tidak menguasai bola, The Reds mengawal keseluruhan padang dan memberi tekanan setiap kali lawan memegang bola.

ARTIKEL BERKAITAN: Nuno guna senjata rahsia berdepan The Citizens

ARTIKEL BERKAITAN: Guardiola tak senang duduk jika Kane diturunkan Spurs malam ini

Juara EPL musim 2019/2020 itu membuat Norwich tersepit di kawasan sendiri bagi jangka masa panjang pada babak pertama, sekali gus menyekat peluang mereka untuk menyerang.

Bagi memastikan taktik itu menjadi, Liverpool memerlukan peranan Van Dijk dan Matip dari bahagian tekanan untuk memberi tekanan.

Ini membuatkan Norwich terpaksa menolak semula bola ke belakang sehingga ke penjaga gol, Tim Krul.

Melalui kelebihan ini, Van Dijk dan Matip akan memain peranan sebagai pemain tengah dan membuka peluang rakan sepasukan menjaringkan gol.

Bukan itu sahaja, kedudukan pertahanan tengah di garisan lebih tinggi berjaya menutup ruang dan beri tekanan kepada pihak lawan.

Tambahan pula, kedudukan Alisson Becker sebagai penjaga gol juga menunjukkan Liverpool selesa mengawal keseluruhan permainan selain mampu bertahan dari posisi hadapan iaitu di bahagian tengah padang.

"Amat lega melihat dia (Virgil) kembali beraksi terutamanya ketika berada di posisi bertahan.

"Ketika menyerang, kita ada dua raksasa iaitu Joel dan Virgil yang sangat bagus merebut bola di udara," kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain