suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah! Mbappe hiasi wajah baharu Fifa 22

Kylian Mbappe sekali lagi menghiasi kulit permainan video Fifa.

BINTANG Paris Saint Germain, Kylian Mbappe disahkan secara rasmi sebagai wajah baharu bagi permainan video bola sepak Fifa, menjelang musim baharu.

Mbappe akan tampil sebagai bintang tunggal yang menghiasi kulit depan bagi Fifa 22 yang bakal berada di pasaran tahun ini.

Ia merupakan dua tahun berturut-turut beliau mendahului dalam siri permainan video popular itu.

Pada Jumaat, akaun dalam talian rasmi bagi pencipta bola sepak Fifa, EA Sports menyiarkan pratonton di mana pengikut permainan itu teruja dengan kemunculan Mbappe sebagai penghias kulit depan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

EU Sports turut menarik perhatian pengikut mengenai game-changing akan didedahkan pada 11 Julai.

Tahun lalu, Mbappe terharu diberi penghormatan selepas rundingan pertama mengenai pemain itu akan menjadi muka utama bagi permainan video tersebut. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain