suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona terbitkan foto rasmi, isyarat tangan Pique curi tumpuan

'Pose' isyarat tangan Pique mencuri tumpuan ramai. Foto: Barcelona FC

BARCELONA menerbitkan foto rasmi skuad berkenaan untuk musim 2020/21 pada Selasa menerusi saluran rasmi mereka.

Foto tersebut merangkumi keseluruhan skuad pasukan pertama, staf pelatih dan presiden Barcelona yang baharu dipilih, Joan Laporta.

Namun, apa yang paling mencuri tumpuan ramai adalah aksi yang dilakukan oleh Gerard Pique di mana jelas kelihatan membuat isyarat tangan yang berlainan daripada rakan sepasukannya.

'Pose' isyarat tangan yang serupa pernah dilakukan Neymar pada foto musim 2014/15 dan Ronaldinho pada musim 2005/06.

Ramai mentafsir 'pose' tersebut sebagai isyarat untuk Neymar yang juga bekas rakan sepasukannya, memandangkan khabar angin bertiup kencang mengatakan bintang Brazil itu akan kembali semula ke Barcelona.

Pique sebelum ini pernah meminta Neymar kekal di Barcelona, sebelum perpindahan pemain tersebut ke Paris Saint-Germain (PSG). - Footballespana.net

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Gerard Pique, Neymar, Barcelona

Artikel Lain