suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sergio Ramos disahkan positif Covid-19

Sergio Ramos kini sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

KAPTEN Real Madrid, Sergio Ramos disahkan positif virus Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh kelab dalam satu kenyataan pada pagi Selasa (waktu tempatan).

Bintang berusia 35 tahun itu dilaporkan tidak berhubung atau bersentuhan dengan rakan sepasukan memandangkan sedang menjalani proses pemulihan akibat kecederaan otot sejak awal bulan ini.

Ramos kini sedang menjalani kuarantin dan mengikuti langkah-langkah kesihatan yang diperlukan. - Marca.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain