suria

Mourinho berang, anggap Son Heung-Min bertuah Solskjaer bukan 'bapanya'

Mourinho tidak bersetuju dengan kritikan oleh Solskjaer terhadap Son kerana baginya, seorang ayah perlu sentiasa beri anaknya makan walaupun perlu mencuri.

KETUA jurulatih Tottenham Hotspur tidak berpuas hati dengan komen rakan sejawatnya di Manchester United berikutan kemenangan United 3-1 baru-baru ini.

"Sonny sangat bertuah kerana ayahnya adalah orang yang lebih baik daripada Ole," demikian kata Jose Mourinho.

Mourinho memberi tindak balas itu kerana marahkan Ole Gunnar Solskjaer yang telah menyerang Son Heung-Min berikutan kemenangan pasukan pelawat di Spurs.

ARTIKEL BERKAITAN: Barcelona mahu terus pujuk Messi

Solskjaer mengadu Son telah ''menipu'' pengadil yang mengakibatkan gol yang dicipta oleh United pada babak pertama dibatalkan, ia berlaku apabila Son telah dikasari Scott McTominay sebelum Edinson Cavani menjaringkan gol.

Susulan itu, teknologi VAR digunakan untuk memberi kata putus di mana pengadil Chris Kavanagh ke layar di tepi padang, dan keputusan jaringan Cavani dibatalkan kerana Son telah dikasari.

Bagaimanapun Son kemudian meletakkan Spurs di depan, tetapi United membalas dengan tiga gol hasil jaringan Fred, Cavani dan Mason Greenwood sekali gus membolehkan United memperoleh tiga mata penuh.

Kata Solskjaer kepada Sky Sports: "Saya harus katakan, jika anak saya berada seperti ini selama tiga minit dan perlu mendapat pertolongan 10 rakan di sekelilingnya, sudah tentu dia tidak akan mendapat makanan".

Kenyataan bos pasukan lawan itu menimbulkan kemarahan Mourinho yang kemiudianya menjawab,"Saya sangat, sangat terkejut kerana selepas komen yang dibuat Ole terhadap Sonny anda tidak bertanya mengenai perkara itu.

Solskjaer dan Mourinho sedang keluar padang setelah perlawanan tamat.

"Dan saya sudah beritahu Ole tentang perkara ini ketika menemuinya beberapa minit lalu,

"Sonny sangat bertuah kerana ayahnya orang yang lebih baik daripada Ole, kerana saya seorang bapa dan sebagai bapa seharusnya memberi makan kepada anak-anak, tidak kira apa yang mereka lakukan.

"Sekiranya anda harus mencuri untuk memberi anak-anak anda makan tentu anda akan mencuri. Saya sangat, sangat kecewa, dan seperti yang kami katakan di Portugal roti adalah roti dan keju adalah keju, saya sudah beritahu Ole apa yang saya fikirkan mengenai komennya."

Solskjaer bertemu dengan Son selepas perlawanan tamat.

Kedua-dua Solskjaer dan Mourinho kelihatan berada dalam situasi panas ketika bermain di babak pertama perlawanan tetapi mereka telah berkongsi pandangan berhubung kejadian yang berlaku pada separuh masa pertama.

"Kadang-kadang ada kata-kata yang perlu diucapkan," kata Solskjaer pada sidang media pasca pertandingan, sebelum Mourinho memberikan reaksi terhadap komennya mengenai Son.

"Tetapi yang paling penting kami rakan sekerja. Sebelum, semasa atau selepas permainan, ia perkara biasa untuk berdepan sedikit perselisihan." -skysports

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain