suria

PSG mahu dapatkan khidmat Ronaldo sebagai ganti Mbappe

PSG dijangka menggunakan khidmat Ronaldo jika Mbappe mengambil keputusan meninggalkan kelab itu.

JUARA Perancis, Paris Saint-Germain(PSG) dilaporkan sedang menimbang untuk menggantikan tempat Kylian Mbappe dengan penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo.

Menurut akhbar Itali, Tuttosport, PSG dijangka menggunakan khidmat Ronaldo jika Mbappe mengambil keputusan meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Kontrak Mbappe dengan PSG bakal berakhir pada 2022, dan dilaporkan masih belum ada sebarang persetujuan berkenaan pembaharuan kontrak.

Khabar angin yang bertiup mengatakan Mbappe dijangka berminat dengan perpindahan ke Real Madrid.

Dalam pada masa yang sama, kontrak Ronaldo bersama Juventus juga bakal berakhir pada 2022.

Sebelum ini laporan media menyebut Juventus bersedia untuk melepaskan Ronaldo dalam usaha untuk membina semula kelab. - Juvefc.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Lain