suria

Hamilton sedih dengar khabar kematian penyanyi rap DMX

Luah Hamilton, karya DMX sepanjang kerjayanya banyak memberi inspirasi buat dirinya.

KEMATIAN penyanyi rap DMX ternyata mengejutkan peminat di seluruh dunia.

Malah, bintang Formula 1 (F1) Lewis Hamilton turut mengakui terkesan dengan pemergian itu.

"Sedih mendengar khabar kematian DMX. Saya membesar dengan lagu-lagunya," kata Hamilton.

Ujarnya lagi, karya DMX sepanjang kerjayanya banyak memberi inspirasi, termasuklah buat Hamilton sendiri.

"Kata-kata dan kisah dalam lagunya ibarat cahaya dalam kegelapan sewaktu saya kecil.

"Semoga bersemadi dengan aman," ujar Hamilton di Twitter.

DMX, 50, yang popular dengan lagu “X Gon’ Give It To Ya” meninggal dunia akibat serangan jantung pada Jumaat lalu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain