suria

Pemain hebat selalu diterima di Real Madrid, kata Modric kepada Mbappe

Luka Modric memberi kenyataan tentang penyerang PSG, Kylian Mbappe: 'Pemain hebat selalu diterima di Real Madrid'.

LUKA Modric memberi kenyataan mengenai penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe: "Pemain hebat selalu diterima di Real Madrid, tetapi tidak wajar saya bercakap mengenai pemain di kelab lain."

Real Madrid akan menentang Liverpool pada perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara pada Rabu.

Pemain antarabangsa Croatia tersebut memuji Mbappe selaku penyerang PSG dan mengatakan 'pemain hebat selalu diterima di Real Madrid'.

ARTIKEL BERKAITAN: Sergio Ramos disahkan positif Covid-19

Pemenang Piala Dunia Perancis, Mbappe secara konsisten dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi La Liga itu, dengan rakan senegara Zinedine Zidane kini bertugas di Bernabeu sebagai pengurus kelab gergasi tersebut.

Namun, pengarah sukan PSG, Leonardo telah berulang kali menyangkal dakwaan penghijrahan Mbappe yang digembar-gemburkan, dengan menyatakan bahawa kelab dari Ligue 1 tersebut akan terus berusaha mengikat pemain berusia 22 tahun itu untuk jangka masa lebih panjang.

Sebelum pusingan kedua suku akhir Real Madrid menentang Liverpool pada Rabu, Modric yang juga pemenang Ballon d'Or 2018 Modric berkata: "Anda mendengar banyak cerita mengenai pemain yang akan masuk dan yang akan pergi, tetapi saya tidak boleh bercakap lebih mengenai isu ini.

Aksi Mbappe ketika cuba melepasi pemain Bayern Munich pada suku akhir pertama yang lalu.

"Mbappe adalah pemain yang hebat dan dia membuktikannya dengan pasukan kebangsaan Perancis dan PSG.

"Pemain hebat selalu dialu-alukan di Real Madrid, tetapi tidak tepat bagi saya untuk membicarakan tentang pemain di kelab lain, terutama pada peringkat musim ini.

"Kita mesti melihat apa yang mungkin berlaku pada musim depan, tetapi dia pemain yang gah dan merupakan antara pemain yang terbaik di dunia." -skysports

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain