suria

Gara-gara bapa pandu lebih had laju, pemain Manchester United Williams didenda lebih RM5,000

Brandon Williams (gambar fail) didenda susulan kesalahan memandu melebihi had laju yang dilakukan oleh bapa. foto Reuters

PEMAIN pertahanan Manchester United, Brandon Williams dikenakan hukuman denda £1,000 (RM5,717) kerana mengabaikan notis polis berhubung kesalahan memandu melebihi had laju di Wales.

Beliau bagaimanapun mengelakkan daripada dikenakan hukuman lebih berat selepas mendapat bantuan daripada peguam selebriti yang dikenali sebagai 'Mr. Loophole'.

Pemain berusia 20 tahun itu diwakili oleh peguam selebriti, Nick Freeman di Mahkamah Majistret Mould selepas kereta Mercedes yang didaftarkan atas nama pemain itu dikesan memandu melebihi had laju di jalan utara Wales.

Mahkamah dimaklumkan bahawa polis menghantar notis kepada Williams, yang mendaftar kereta mewah itu di alamat di Manchester, di mana kereta itu diberikan kepada bapanya, Paul.

Bapa pemain itu, Paul mengaku merupakan pemandu yang memandu melebihi had laju di jalan A55 di Rhault Hill.

Peguam pendakwaan kemudian mengatakan bahawa notis telah dihantar secara terus kepada Williams agar beliau dapat menyelesaikannya.

Beliau bagaimanapun gagal berbuat demikian.

Williams, yang memperoleh pendapatan £40,000 (RM228,666) seminggu di Manchester United, berpendapat bahawa bapanya adalah individu yang perlu menangani perkara itu, dan ia menjadi punca mengapa beliau tidak menjawab surat kedua daripada polis. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain