suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kisah kehidupan Tyson di kaca televisyen, bakal dilakonkan Jamie Foxx

Foxx (kiri) akan melakonkan watak Tyson (kanan). Foto: Reuters/Getty Images

AKTOR Jamie Foxx akan membintangi siri televisyen biografi yang mengisahkan kehidupan legenda peninju, Mike Tyson.

Siri televisyen berjudul 'Tyson' diterbitkan bersama oleh Tyson sendiri serta Foxx, Antoine Fuqua dan Martin Scorsese.

Pembikinan siri ini telah dimulakan beberapa tahun lalu.

Ia pada awalnya diumumkan sebagai 'feature film' pada tahun 2014 dan akan menyaksikan pemenang anugerah Oscar, Foxx melakonkan watak Tyson dengan Terence Winter menulis skrip.

Bagaimanapun, peranan penulisan skrip diamanahkan kepada Colin Preston dan sedang dalam proses menulis skrip penuh.

"Saya sudah lama mahu menceritakan kisah hidup saya," kata legenda peninju berusia 54 tahun itu.

"Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Martin, Antoine, Jamie dan keseluruhan pasukan kreatif untuk membawa siri ini kepada penonton. Ia bukan saja mengenai kisah perjalanan karier profesional dan peribadi saya, tetapi juga memberi inspirasi dan hiburan," katanya lagi. - Foxnews.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain