suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo hanya bernilai RM122 juta, intai kembali ke Real Madrid

Ronaldo dikhabarkan sedang mengintai untuk kembali ke Real Madrid. Foto: Reuters

CRISTIANO Ronaldo dilaporkan hanya bernilai £21.5 juta (RM122 juta) dengan Juventus bersedia untuk menjualnya.

Bintang dari Portugal itu kini sedang mengintai untuk kembali bersama bekas kelabnya, Real Madrid.

Menurut laporan media, Juventus bersedia untuk melepaskan Ronaldo dalam usaha untuk membina semula kelab.

Ronaldo dibeli untuk membantu kelab Serie A itu memenangi saingan Liga Juara-Juara namun dia gagal membantu meraih kejayaan di pentas Eropah.

Pemain berusia 36 tahun itu masih mempunyai baki kontrak selama setahun tetapi Juventus sudah bersedia untuk melepaskannya.

Pengarah Juventus, Fabio Paratici baru-baru ini memberitahu Sky Sports: "Kami mengambil keputusan untuk mengekalkan Cristiano Ronaldo. Dia adalah pemain terbaik dunia dan akan terus bersama kami."

Bagaimanapun dilaporkan kelab itu masih mempertimbangkan untuk menjual Ronaldo.

Malah bintang itu dipercayai sangat berminat untuk kembali ke Real Madrid. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain