suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shaqiri jadi pemain ketiga Liverpool dijangkiti Covid-19

Shaqiri menjadi pemain ketiga Liverpool dijangkiti wabak Covid-19. Foto: Shutterstock

XHERDAN Shaqiri disahkan positif Covid-19, demikian kata Persatuan Bola Sepak Switzerland yang mengesahkan perkara tersebut.

Pengumuman tersebut menjadikan Shaqiri sebagai pemain Liverpool yang ketiga dijangkiti wabak tersebut, menyusul selepas Thiago Alcântara dan Sadio Mané.

"Di dalam konsultasi dengan pihak berkuasa kesihatan, dia kini sedang menjalani kuarantin.

"Kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan mengenai bagaimana cara untuk memastikan pasukan bebas daripada pandemik ini," kata persatuan bola sepak berkenaan.

Sebelum ini dua tonggak Liverpool, Alcântara dan Mané terlepas aksi menentang Aston Villa pada Isnin di tempat lawan dalam aksi Liga Perdana, kerana sedang menjalani kerana dijangkiti Covid-19. - Theguardian.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Xherdan Shaqiri, Liverpool, Covid-19

Artikel Lain