suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo-Ramos ketepi perbezaan, keakraban kembali terjalin selepas 2 tahun renggang

Ramos (kiri) berkongsi foto bersama Ronaldo (tengah) dan Pepe di laman sosialnya. Foto instagram Sergio Ramos

CRISTIANO Ronaldo dan Sergio Ramos mengetepikan perbezaan mereka apabila bekas rakan sepasukan itu dilihat bersama-sama selepas perlawanan antara Sepanyol dan Portugal.

Setelah berkawan rapat selama sembilan tahun di Real Madrid, Marca melaporkan bahawa mereka tidak bercakap antara satu sama lain selama dua tahun.

Hubungan renggang itu dilaporkan disebabkan oleh reaksi Ronaldo terhadap Luka Modric memenangi Ballon d'Or.

Bagaimanapun, nampaknya hubungan tersebut kembali terjalin.

Pemain pertahanan itu berkongsi gambarnya bersama Ronaldo dan seorang lagi bekas rakan sepasukan Real Madrid, Pepe di bilik persalinan selepas perlawanan.

"Kami masih ada, dan masih ada lagi akan datang! Gembira bertemu kamu, rakan-rakanku," tulisnya.

Perlawanan Sepanyol-Portunal menyaksikan keputusan seri tanpa sebarang mata. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain