suria

Arsenal pecat Gunnersaurus untuk jimatkan kos

Gunnersaurus ditamatkan perkhidmatan demi mengurangkan kos kelab. Foto: Reuters

MASKOT raksasa kesayangan Arsenal, Gunnersaurus dipecat daripada kelab tersebut bagi mengurangkan kos berikutan krisis pandemik Covid-19.

Maskot tersebut disarung oleh individu bernama Jerry Quy sejak 1993.

Perkhidmatannya terpaksa dihentikan oleh pengurusan di Emirates selepas 27 tahun bersama-sama kelab berkenaan.

Selepas mengurangkan sebanyak 55 kakitangan pada Ogos lalu, Gunners kini sudah meminta maskotnya itu 'angkat kaki' sebagai sebahagian daripada langkah pengecilan operasi kelab.

Bagaimanapun menurut The Athletic, Quy dibenarkan untuk menyarung semula kostum maskot tersebut pada masa akan datang.

Penyokong bola sepak masih tidak dibenarkan memasuki stadium di seluruh dunia sekali gus memberi kesan besar kepada kewangan kelab.

Dengan ketiadaan penyokong di stadium, Arsenal berasakan tiada keperluan untuk Gunnersaurus kekal bersama kelab itu. - The Indian Express

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Gunnersaurus, Arsenal, kos, Covid-19, maskot

Artikel Lain