suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sergino Dest jelaskan keputusannya pilih Barcelona, ketepikan Bayern Munich

Sergino Dest akhirnya memilih menyertai Barcelona. Foto: Getty Images

PEMAIN bola sepak muda Amerika Syarikat (AS), Sergino Dest akhirnya memilih untuk menyertai Barcelona, sekaligus mengakhiri episod perebutan antara kelab Sepanyol itu dengan Bayern Munich.

Sebelum ini dua kelab gergasi tersebut berebut untuk mendapatkan pemain berusia 19 tahun itu daripada dari Ajax Amsterdam.

"Bayern adalah kelab yang hebat dan ada minat terhadap mereka, tetapi saya mengikut kata hati dan untuk itu saya menandatangani kontrak dengan Barca. Saya fikir ia adalah keputusan yang tepat," kata Dest pada sidang akhbar, menjelaskan mengenai keputusannya.

Berdasarkan kenyataan di laman web rasmi Barcelona, Dest telah bersetuju untuk mengikat kontrak selama lima tahun bersama klausa pelepasan bernilai €400 juta (RM1.95 bilion).

Dest dibeli dengan harga €21 juta (RM102.2 juta) dengan €5 juta bonus tambahan bergantung kepada pencapaiannya di kelab Catalan tersebut.

Nama Dest melonjak selepas berjaya menembusi skuad utama Ajax dari akademi pada musim lalu dan telah beraksi 30 perlawanan dalam semua pertandingan. - Goal.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain