suria

Djokovic saran khidmat penjaga garisan digantikan dengan penggunaan teknologi

Djokovic sebelum ini terkeluar dari kejohanan Terbuka Amerika Syarikat selepas dia terpukul bola tenis ke arah seorang penjaga garisan wanita. Foto: Getty Images

BINTANG tenis nombor 1 dunia, Novak Djokovic menegaskan tidak ada alasan untuk terus menggunakan penjaga garisan dalam sukan tersebut.

Beliau sebaliknya meminta agar teknologi digunakan pada skala yang lebih luas.

"Dengan penuh rasa hormat kepada tradisi dan budaya yang kita ada dalam sukan ini, apabila ia berkaitan dengan kehadiran manusia di dalam gelanggang ketika perlawanan, termasuk penjaga garisan, saya melihat tidak ada sebab dalam semua kejohanan di dunia, pada era teknologi terkini, tidak menggunakan apa yang digunakan di kejohanan di Cincinnati/New York.

"Teknologi sekarang semakin canggih, tidak ada sebab mengapa anda masih lagi mengekalkan penjaga garisan di dalam gelanggang. Itu pendapat saya.

"Sudah tentu, teknologi adalah sangat tinggi kosnya, jadi ia berkaitan dengan isu ekonomi dan menjadi persoalan.

"Tapi saya rasa kita sekarang semakin maju dan lambat-laun kita tidak mempunyai alasan lagi untuk mengekalkan penjaga garisan.

"Ya, budak bola sudah tentu diperlukan tapi penjaga garisan, saya tidak merasakan ia perlu, secara jujurnya," kata Djokovic

Djokovic sebelum ini terkeluar dari kejohanan Terbuka Amerika Syarikat selepas dia terpukul bola tenis ke arah seorang penjaga garisan wanita.

Insiden berlaku ketika Djokovic berdepan dengan bintang Sepanyol, Pablo Carrena Busta. - Skysport.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain