suria

Ronaldo akan terus disebut-sebut dalam tempoh 300 tahun, kata bekas rakan sepasukan

Ronaldo dianggap sebagai ikon yang unik. Foto Reuters

CRISTIANO Ronaldo akan terus disebut-sebut sebagai ikon bola sepak dalam tempoh 300 tahun akan datang.

Beliau kini bekerjasama dengan seorang jurulatih di Juventus, menurut seorang bekas rakan sepasukan.

Rui Costa bermain bersama Ronaldo untuk Portugal dan berkempen bersama pengurus baharu Juventus, Andrea Pirlo di AC Milan.

Bekas pemain berusia 48 tahun itu menganggap kedua-duanya merupakan satu padanan yang mantap.

Ini kerana Pirlo lebih memahami berbanding orang lain apa yang perlu dilakukan untuk menyerlahkan lagi penyerang seperti Ronaldo.

"Dalam 300 tahun akan datang kita akan terus bercakap mengenai Ronaldo, beliau seorang yang unik," kata Costa.

"Beliau mengekalkan tahap yang sama dalam pasukan yang berbeza, liga yang berbeza dan dalam skuad kebangsaan.

"Beliau berusia 35 tahun, beliau telah memenangi banyak perkara berulang kali. Apabila beliau menetapkan sasaran, beliau mencapainya," tambah Costa. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Cristiano Ronaldo, Juventus, Rui Costa,

Artikel Lain