suria

Ronaldo atasi Messi, diundi sebagai bintang sukan paling dikagumi

Ronaldo mengatasi Messi sebagai bintang sukan paling dikagumi di dunia.

SEJAK dahulu lagi, kehebatan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo dengan bintang Barcelona, Lionel Messi sering dibandingkan.

Kedua-duanya hebat di atas padang dan pernah memenangi Anugerah Ballon d'Or beberapa kali.

Namun jika mahu menentukan siapakah lebih popular dan paling dikagumi, Ronaldo adalah pemenangnya.

Menerusi satu kajian yang dilakukan oleh YouGov berhubung senarai individu yang paling dikagumi di dunia, Ronaldo menduduki ranking lebih baik berbanding Messi.

Ronaldo diundi sebagai ahli sukan paling dikagumi dengan menduduki tempat keenam di dunia manakala Messi sekadar di kedudukan ke-11.

Sementara itu, lagenda bola keranjang, Michael Jordan menduduki tempat ke-13.

Menerusi senarai terbaharu 20 individu yang paling dikagumi di dunia, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menduduki ranking pertama mengatasi jutawan, Bill Gates di tempat kedua.

Pelakon popular dari Hong Kong, Jackie Chan menduduki tempat kelima. - India.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain