suria

Kali pertama dalam 10 tahun, nama Messi dan Ronaldo tercicir dalam kategori Pemain Terbaik UEFA

Messi (kiri ) dan Ronaldo (kanan) gagal tersenarai dalam kategori itu pada tahun ini.

NAMA Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo tidak disenaraikan dalam kategori Pemain Terbaik UEFA buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun.

Ronaldo sebelum ini merangkul tiga kali kejuaraan itu dengan sembilan pencalonan manakala Messi memenanginya sebanyak dua kali sepanjang 10 musim saingan.

Kedua-dua pemain itu sememangnya dikenali sebagai pemain terbaik dalam generasi mereka, namun senario mula berubah apabila usia kedua-duanya semakin meningkat.

Bagi kategori itu pada tahun ini, ia menyaksikan perebutan tiga penjuru antara Kevin De Bryune (Manchester City), Robert Lewandowski (Bayern Munchen) dan Manuel Neuer (Bayern Munchen).

Bagi kategori jurulatih terbaik pula, tiga nama bakal berentap iaitu Hans-Dieter Flick (Bayern Munchen), Jurgen klopp (Liverpool) dan Julian Nagelsmann (RB Leipzig). - Goal.Com.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain