suria

Messi luah rasa sedih di Instagram, ratapi perpindahan Suarez

Messi dan Suarez merupakan rakan sepasukan yang sangat akrab.

PERPINDAHAN Luis Suarez ke Atletico Madrid nyata memberi kesan mendalam buat Lionel Messi.

Menerusi satu posting di Instagram, Messi meluahkan kesedihannya dan mengucapkan selamat tinggal kepada Suarez dengan nada beremosi.

"Hari ini saya pergi ke bilik persalinan dan realiti itu sangat memberi kesan kepada saya. Betapa sukarnya untuk tidak meneruskan hari-hari seterusnya dengan anda, di padang dan di luar.

"Aneh rasanya melihat anda dengan jersi lain. Anda adalah salah seorang pemain terpenting dalam sejarah kelab ini. Tidak sepatutnya 'dipecat' sepertimana 'mereka' melakukannya.

"Yang pasti pada ketika ini ialah tiada apa yang istimewa untuk saya lagi," tulisnya dalam posting tersebut.

Suarez berhijrah ke Atletico menerusi kontrak selama dua tahun. Dia muncul penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah kelab dengan 198 gol. - Givemesport

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain