suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suarez dedah teruja jadi sebahagian Atletico Madrid, sehari selepas drama air mata di Barcelona

Luis Suarez teruja menjadi sebahagian daripada Atletico Madrid. Foto Reuters

LUIS Suarez mendedahkan bahawa beliau teruja menjadi sebahagian daripada pasukan Atletico Madrid.

Pendedahan tersebut dibuat ketika bercakap buat pertama kalinya sejak perpindahan bernilai 5.5 juta pound dari Barcelona.

Penyerang kelahiran Uruguay itu berlatih bersama rakan sepasukan baharunya untuk pertama kali pada Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suarez bikin drama air mata ucap selamat tinggal kepada rakan sepasukan Barcelona

Ia sehari selepas Suarez mengucapkan selamat tinggal yang beremosi kepada pasukan gergasi Sepanyol dalam sidang media.

Penyerang berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak selama dua tahun di Atletico, sekali gus mengakhiri kerjayanya di Barcelona sebagai penjaring gol ketiga tertinggi kelab itu sepanjang masa.

Beliau menjaringkan sebanyak 198 gol dalam 283 penampilan sepanjang berkhidmat untuk Barcelona. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain