Suarez bikin drama air mata ucap selamat tinggal kepada rakan sepasukan Barcelona

Suarez dilihat meninggalkan pusat latihan Barcelona. Foto EL Golazo de Gol

LUIS Suarez dirakamkan meninggalkan tempat latihan Barcelona dengan tangisan selepas beliau melalui perpindahan ke Atletico Madrid.

Pemain kelahiran Uruguay itu mengucapkan selamat tinggal kepada rakan baiknya Lionel Messi dan rakan sepasukannya yang lain pada Rabu.

Beliau merupakan bintang terbaharu yang meninggalkan Nou Camp dalam perjanjian bernilai £ 3.7 juta.

Pemain berusia 33 tahun itu yang meninggalkan Barcelona sebagai penjaring gol ketiga tertinggi sepanjang masa, dilihat menitiskan air mata sambil menundukkan kepalanya.

Beliau kemudian beredar dari pusat latihah Ciutat Esportiva Joan Gamper.

Suarez berkhidmat untuk Barcelona sejak 2014, sebelum menyertai Atletico Madrid. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain