suria

Suarez dituduh menipu ujian Bahasa Itali, perpindahan ke Juventus terjejas

Suarez didakwa menipu ujian Bahasa Itali dan perkara itu kini dalam siasatan. Foto: Getty Images

BINTANG Barcelona, Luis Suarez disyaki menipu untuk lulus ujian bahasa Itali dengan bantuan gurunya, kata jabatan pendakwaraya Perugia.

Ujian tersebut adalah langkah pertama yang diperlukan untuk memperoleh pasport bagi memungkinkan perpindahannya ke Juventus.

Suarez berada di Perugia minggu lalu untuk mengikuti ujian B1 Itali, yang merupakan ujian wajib dalam proses mendapatkan pasport di negara tersebut.

Juventus mahu Suarez mendapatkan pasport Itali supaya dia dikategorikan sebagai pemain ahli Kesatuan Eropah (EU).

Juara Serie A itu sebelum ini sudah memenuhkan kuota pemain bukan EU dengan kemasukan Weston McKennie dari Schalke awal musim panas.

Namun, perpindahan Suarez ke Juventus kini terjejas ketika pengarah sukan kelab Itali, Fabio Paratici, mengumumkan bahawa dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan pasport tidak akan diselesaikan sebelum tarikh akhir perpindahan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Luis Suarez, Juventus, ujian, Bahasa Itali

Artikel Lain