suria

Sah! Gareth Bale kembali ke Tottenham

Tottenham mengesahkan Gareth Bale kembali kepada pasukan itu menerusi pinjaman jangka panjang. Foto Tottenham Hotspur

TOTTENHAM mengesahkan Gareth Bale kembali kepada pasukan itu menerusi pinjaman selama satu musim daripada Real Madrid.

Pemain itu diberikan jersi nombor sembilan.

Walau bagaimanapun, para penyokong perlu menunggu sehingga pemain itu sembuh daripada kecederaan lutut sebelum membuat kemunculan di Tottenham.

Tottenham pada mulanya menjangkakan bahawa Bale tidak memerlukan lebih banyak masa untuk menjalani program latihan peribadi sebagai persiapan menghadapi Liga Perdana Inggeris.

Namun, kecederaan yang dialaminya ketika berkhidmat bersama pasukan antarabangsa membuatkan kemunculannya ditetapkan pada 17 Oktober depan.

Bale menyertai Tottenham pada musim 2007-2013, sebelum berhijrah ke Real Madrid. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tottenham, Gareth Bale, Real Madrid,

Artikel Lain