suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hampir sebulan dirawat, pemain bola sepak Lubnan meninggal dunia akibat terkena peluru tersasar

Mohamed Atwi meninggal dunia ekoran mengalami kecederaan di kepala. Foto: Thesun.co.uk

PEMAIN bola sepak Lubnan, Mohamed Atwi meninggal dunia selepas kira-kira sebulan menerima rawatan akibat kecederaan di kepala berikutan terkena peluru yang tersasar.

Atwi, 32, tercedera ekoran terkena peluru tembakan yang dilepaskan sewaktu upacara pengkebumian seorang anggota bomba, Joe Bou Saab, yang terbunuh dalam tragedi letupan Beirut, pada 21 Ogos.

Tembakan ke udara pada majlis perkahwinan dan pengkebumian merupakan kelaziman di Timur Tengah namun ia berisiko mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Atwi meninggal dunia walaupun berjaya menjalani pembedahan yang menyebabkan pendarahan berikutan peluru itu terbenam di tengkoraknya.

Berikutan itu, satu tunjuk perasaan dilakukan di luar hospital tempat Atwi dirawat, dengan para demonstran menggesa untuk menghentikan amalan melepaskan tembakan dalam sesuatu upacara.

Keluarga Atwi juga meminta siasatan lanjut dilakukan susulan tragedi berkenaan. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain