suria

McGregor didakwa tayang anu kepada wanita berstatus isteri orang, bebas selepas sehari ditahan

McGregor dibebaskan sehari selepas penahanan pada Jumaat lalu.

BINTANG seni bela diri campuran (MMA) Conor McGregor ditahan selepas didakwa menunjukkan alat sulitnya kepada seorang wanita.

Berlaku di Corsica, Laut Mediterranean, kapal layar mewah yang dinaiki McGregor turut diserbu pada Jumaat lalu.

Dalam perkembangan terbaharu, McGregor menafikan dakwaan wanita berstatus isteri orang itu.

Dia juga sudah dibebaskan sehari selepas penahanan itu.

Menerusi dakwaan mangsa, dia dikatakan berkelakuan tidak senonoh sewaktu sedang menikmati minuman beralkohol.

Selain McGregor, tunangnya turut berada di atas kapal layar berkenaan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain