suria

Mbappe mahu tinggalkan PSG, sedang intai Liverpool dan Manchester United

Mbappe berjaya menempatkan dirinya sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia. Foto: Getty Images

KYLIAN Mbappe dilaporkan telah memberitahu Paris Saint-Germain (PSG) mengenai niatnya yang mahu berhijrah dari kelab tersebut kerana mahu menyertai kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, iaitu Liverpool atau Manchester United.

Mbappe berjaya membuktikan pencapaiannya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia sejak bersama PSG pada 2018.

Penyerang berusia 21 tahun itu awalnya menandatangani kontrak dengan PSG secara pinjaman tetapi kemudian menerima tawaran kontrak secara tetap.

Mbappe kini telah mengumpulkan 90 gol dalam 124 penampilan bersama PSG.

Dia juga telah menikmati kejayaan besar sama ada secara individu mahupun berpasukan, antaranta memenangi tiga gelaran Ligue 1 dan tentu saja membantu Perancis menjuarai Piala Dunia pada 2018.

PSG tidak mahu kehilangan bintang berkenaan dan menurut The Times, kelab itu telah membuat beberapa tawaran dalam usaha untuk meyakinkan Mbappe agar menandatangani perjanjian baharu dengan syarat yang lebih baik.

Bagaimanapun, Mbappe didakwa telah menyatakan dengan jelas bahawa dia akan bersama PSG untuk satu musim lagi sebelum berhijrah. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain