suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi kalahkan Ronaldo, jadi pemain rating paling tinggi Fifa 21

Kadar rating Messi (kiri) dan Ronaldo dalam Fifa21. Foto EA Sports/Fifa 21

LIONEL Messi sekali lagi menjadi pemain dengan rating paling tinggi dalam permainan video Fifa.

Bintang Barcelona dan Argentina itu mendahului Cristiano Ronaldo dalam permainan video yang akan datang.

Messi diberi penilaian 93 oleh EA Sports dalam siri terbaharu permainan video popular itu.

Kadar rating itu meletakkan kedudukan Messi mendahului bintang Juventus dan Portugal iaitu Ronaldo yang memperoleh kadar rating 92.

Messi sebelum ini menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City sejak beberapa minggu lalu.

Beliau bagaimanapun kemudian memutuskan untuk kekal bersama Barcelona, sekurang-kurangnya selama satu musim lagi. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain