suria

Messi, Ronaldo gagal masuk senarai pendek anugerah UEFA

Messi (kiri) dan Ronaldo gagal memasuki senarai pendek akhir dalam anugerah posisi UEFA. Foto UEFA LightRocket / Getty Images

LIONEL Messi dan Cristiano Ronaldo kedua-duanya gagal memasuki senarai pendek akhir untuk anugerah posisi UEFA, bulan depan.

Anugerah tersebut mengiktiraf prestasi terbaik bagi setiap posisi pemain sepanjang kempen Liga Juara-Juara 2019-20.

Senarai pendek itu terdiri daripada pemain dengan undian terbanyak daripada juri khas.

Bagaimanapun, Messi dan Ronaldo yang sering terpilih dalam senarai pendek akhir, tidak berjaya pada tahun ini untuk dicalonkan bagi anugerah posisi penyerang.

Seperti yang diramalkan, Bayern Munich mendominasi pencalonan dengan tujuh pemain yang dicalonkan dalam empat kategori.

Anugerah yang diperkenalkan sejak kempen 2016-17 itu, dibuat dalam usaha untuk menonjolkan pemain terbaik dalam kejohanan kelab elit di Eropah. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain