suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lumayan! Kontrak Neymar bersama Puma bernilai RM122.2 juta setahun, atasi Messi dan Ronaldo

Neymar meninggalkan Nike untuk menandatangani kontrak lumayan bersama Puma.

KONTRAK penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar bersama Puma yang ditandatangani baru-baru ini sekaligus menenggelamkan rekod kontrak bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Kontrak Neymar, 28, sebagai duta sekaligus menyarung but jenama syarikat gergasi Jerman itu bernilai £ 23 (RM122.2 juta) juta setahun.

Ia adalah kontrak penajaan sukan individu terbesar dalam sejarah.

Ronaldo yang beraksi bersama Juventus mempunyai kontrak bernilai £15 juta (RM79.7 juta) bersama Nike.

Manakala pemenang Ballon d'Or sebanyak enam kali, Messi mempunyai kontrak bernilai £18 juta (RM95.6 juta) bersama Adidas.

Puma sudah mengumumkan perjanjian penajaan bersama bintang antarabangsa Brazil itu di media sosial.

Tidak dapat dipastikan berapa tahun perjanjian kontrak itu namun kontrak Neymar bersama Nike sebelum ini adalah selama 11 tahun. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Neymar, PSG, Puma

Artikel Berikut

Artikel Lain