suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum tahu hala tuju, Hamilton perlu buat keputusan sebelum 2020 berakhir

Wolff (kiri) menjanjikan bahawa Hamilton (kanan) akan terus diberikan jentera terbaik dengan gaji lumayan.

KONTRAK pelumba Formula 1 (F1) Lewis Hamilton bersama Mercedes bakal berakhir pada hujung tahun ini.

Menurut bos pasukan F1 Mercedes, Toto Wolff, Hamilton perlu membuat keputusan menjelang tarikh itu demi kelangsungan kerjayanya.

"Ia harus diputuskan pada musim ini. Kamu tak boleh mulakan tahun baharu tanpa mengetahui siapa barisan pelumba kamu," ujar Wolff.

Difahamkan, Hamilton berkemungkinan kekal bersama pasukan itu, namun segalanya tidak mustahil.

Dengan bayaran £40 juta (RM194 juta) setahun, Wolff menjanjikan bahawa dia akan terus diberikan jentera terbaik dengan gaji lumayan. - Express.UK.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lewis Hamilton, Mercedes, F1, Toto Wolff

Artikel Lain